Friday, October 30, 2009

ihdinas sirotol mustaqim


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

mutiara berharga

rasenye stiap kali lpas usrah..
ak nk tulis dlm bolg..
spy lekat sket ape yg kak aina smpaikn kt kami..
krana ssungguhnya setiap ape yg disampaikan..
adalh mutiara2 brharga yg patut dhargai..

tringt plak kata2 yg dwarwarkan di sekolah ak dulu, kisas
kata2 yg dicanang2 olh kakak2..
mrk brkata..
kutiplah mutiara2 di bumi waqafan ini sbyk2 yg mungkin..

kata2 ini mmmg patut diaplikasikn..
pd setiap ms..
di mn shj kita jumpe mutiara brnilai..
kutiplah ia dan mskanlah ia ke dlm hati..
spy ia dpt mmbimbing kita ke jln yg bnar..

w/pun ak dtg lmbt usrah td..
usrah akak ttap mnyentuh hatiku..
hrp sgt ak dpt jd kakak usrah yg mcm 2

slah satu yg ak ingt..
akak ad mnceritakn ttg syurga..yg brtingkat2..
org yg brada d tingkat bwh..
bila nk tgk org yg brada d tingkat ats..
ibarat org di bumi yg melihat bintang yg brada d iats langit
betapa sgt jauh..

kak aina tmbh lg..
ad satu hadis yg menyebut bhw org yg solat sunat 12 rakaat..
akn mndpt rumah d dalam syurga kelak..

apabila tzkirah hmpir2 tmat..
akak meluahkan kata2 yg mnyetuh hatiku..
plihan kita hnya dua..
syurga atu neraka..
maka pilihlah yg mana satu yg antum nk..

ya Allah..layakkah ak utk syurgamu itu..
sesungguhnya akhirat itu tmapt abadi..

ak petik isi kand buku solusi yg ad kt dpn ak ni
khalifah Umar Abd Aziz prnah mnyebut..
m'sia diciptakan utk selamanya..
mngapa beliau brkata bg2??

sbbnya apbila kita dciptakn bt kali pertama..
kita akn terus "hidup" dan mengmbara dri satu alam ke alam yg lain..
brmula dr alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan seterusnya alam akhirat..
dan akhirnya pengembaraan ini akan brakhr..
di syurga atau neraka..
itulah perhentian trakhir yg kekal abadi..
sama dilimpahi nikmat atau azab..
sampai bla?
smpai bila2..

ya Allah..
layakkah ak utk kekal d syurgaMu..

Thursday, October 29, 2009

ujian Allah

kalu kita skit..
mst mkn ubt..
ubat plak pahit..

i2lah analogi yg dberikan oleh sbuah bku..
ttg cara2 nk mngubati hati..

kita nk ubat hati..
trpakse mnmpuh jln mujahadah..
yg pastinya ia bkn satu bnd yg mudah..

betapa seksanya dri bla mlakukn maksiat..
dan betapa susahnya utk kmbali..
mcm ssah nk mnelan ubat yg sgt phit..
mcm kita than skit nk kena cucuk jarum bila msk hospital..
macam kita bsh tudung bekas kena bontot kuali yg xnk tanggal2..
malah hakikatnya lbih pyah dn lebih sakit lg

xtau nk ungkapkan..
btapa sengsaranya jiwa dan raga bila jauh dr Allah....

dlm musim exam ni..
semua org sbuk stadi..
prepare utk exam trsebut..

tp pernahkah kita melakukn persediaan sebegitu keras..
utk exam akhirat?

ujian Allah bg..
sama ad kita lepas dgn cemerlang
atau fail
semuanya mmber impak yg sgt bsr kpd diri..
jikalu lepas, kita akn mndpt kedudukan yg mulia d cc Allah..
kalu x, hinalah kita d cc Allah..

kalu sume ujian nk fail..
hbslah..
terhijablah kita dr hidayah Allah..
kita x akn nmpak kebenaran yg sbnr2nya..

oleh itu,
wahai diri,
kasihanilah iman..
jadikanlah ujian dunia..
sbg satu wadah utk lulus ujian Allah..
dan mnjauhkn lg kita dr Allah

pandanglah hmbaMu ini ya Allah~

Friday, October 16, 2009

cerpen yg mnyentuh hatiku


“Anakku, tahukah kamu, dengan apa kamu akan dimasukkan ke dalam syurga dan dengan apa kamu dijauhkan dari neraka?”.

Guru melemparkan persoalan sulungnya dalam munaqasyah hari itu. Ribuan ulama yang hadir di kala itu dan mereka sedang bermuhasabah sesama mereka. Guru mengambil kesempatan untuk melihat sejauh manakah ketajaman makrifat saya kini.

Saya menjawab, “Dengan erti taqwa yang saya sembahkan kepada Allah, saya akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan dengan erti khauf saya dijauhkan dari sambaran api neraka, guru,” saya menjawab dengan penuh keyakinan.

Guru menepuk bahu saya sambil menggeleng kepala. Ia bererti, jawapan saya salah. Zun Nun al-Misri datang dari belakang seraya berkata, “Nampaknya, makrifat anak muda ini masih lemah. Ia menyangka ia memberi kepada Allah. Walhal ibadat yang ia lakukan bukanlah untuk Allah. Taqwanya bukanlah memberikan kebaikan kepada Allah,” saya tidak faham apa yang dimaksudkan.




Guru kelihatan menyalami tangan Zun Nun al-Misri sambil menciumnya. Saya menuruti perbuatan guru. « Anakku, ingat pesan aku. Ibadah yang kamu lakukan sebenarnya hanya untuk dirimu. Taqwa itu hanya untuk dirimu. Khauf dan raja’ itu juga untuk dirimu. Bukan untuk Allah, » ucapan al-Misri menggoncangkan jiwa saya.

Guru tersenyum. Al-Misri meneruskan bicaranya, « Ajarilah muridmu ini, bahawa dakwah juga tidak mampu mengubah manusia. Usrah dan tarbiah juga tidak mampu memberikan apa-apa untuk Islam. Yang menjaga hati manusia dan membersihkannya hanyalah Allah. Kita hanya alat, » ujar al-Misri kemudiannya meninggalkan kami.

Saya kekeliruan. « Guru, telusnya, saya tidak memahami ungkapan al-Misri. Guru menarik saya merapatinya. Sambil guru berbisik, « Anakku, apakah layak taqwa kita yang cetek ini untuk memasukkan kita ke dalam syurgaNya yang seluas langit dan bumi ? Apakah mampu ketakutan yang kita sembahkan kepada Allah memadamkan neraka ? »

Saya terkedu. Teringat satu kalam Allah yang berbentuk ancaman. “Hari yang mana Kami bertanya kepada Jahannam, masihkah ada ruang kosong? Jahannam bertanya balik, “Apakah masih ada manusia yang ingin dilemparkan ke dalamku.”

Neraka ini tempat kotoran. Guru membuat tamsilan. Seolah-olah engkau merapatkan hidungmu ke dalam mangkuk tandas dan menjilat serta menggigit najisnya. Aduh, loya saya mendengarnya.

Seolah-olah, ambil tahi yang kotor dan dilumurkan ke muka engkau. Sanggupkah?

Bahkan neraka jauh lebih teruk berbanding itu. Guru bertanya lagi, “Anakku, sudahkah kamu bersedia menghadapi kehidupan selepas kematian? Sudahkah kamu mendidik adik-adik usrahmu agar bersedia menghadapi saat-saat itu? Saat yang mana tiada guna kelantangan suara kamu menentang kezaliman sedangkan hati kamu kotor.

“Saat yang mana tiada guna perjuangan kamu jika jiwa kamu penuh dengan daki-daki maksiat. Saat itu adalah saat untuk orang yang berhati bersih.”

Sebagaimana firman Allah. Yang berhati bersih itu adalah yang takut kepada Allah ketika ia sendirian.

Guru bertanya lagi. “Apakah kamu pernah menitiskan air mata? Atau kamu hanya banyak ketawa. Anakku, sesungguhnya Allah menyeru agar sedikitkan ketawa dan banyakkan menangis. Hati yang gelap itu mudah menerima kotoran maksiat. Bermakna hati kamu jika tidak dibersihkan, adalah ibarat tandas yang penuh dengan limpahan tahi.”

Saya menangis mendengar kata-kata guru. Ia sangat menusuk hati. Saya tidak mampu lagi menahan esaknya.

“Anakku, Iman dan ilmu yang kamu miliki, tidak mampu memberikan kesan yang besar kepada Islam. Maafkan aku anakku. Aku melihat kamu kuat berjuang namun nafsumu sentiasa kecundang. Namun kamu menyangka kamu telah memberikan sumbangan yang besar kepada Islam. Kamu silap anakku.”

Saya terus memeluk guru sambil memohon ampun kepadanya. “Anakku, jangan mohon ampun dariku. Mohonlah kepada Allah. Bukan hanya dengan solat taubat dan istighfar lidah. Sebaliknya dengan penuh perasaan kesal dan keazaman untuk tidak mengulanginya.”

Pejuang Islam sekarang menurut guru, kuat daya juangnya namun lemah ketahanan imannya. Lantang suaranya menentang kezaliman namun perlahan bisikan hatinya di lembah keimanan. Jasadnya sanggup bersusah payah bersama perjuangan rakyat namun nafsunya sentiasa ingin bersenang lenang.

Solat taubat. Bukan solat taubat yang mendekatkan kita kepada Allah. Tetapi keinginan kita ingin meninggalkan kotoran maksiat dan melakukan taat.

Saya kemudiannya merapati al-Sakandari untuk memohon petunjuknya. Guru yang meminta saya berbuat demikian.

Al-Sakandari melihat saya. Lalu ia menangis. Teringatlah saya kata guru. Jika kamu ngin melihat kepada orang yang sentiasa berasa dirinya penuh dengan maksiat, jiwanya jauh dari taat, maka lihatlah kepada al-Sakandari. Ia sentiasa merasakan dirinya pelaku dosa yang besar.

“Guru, berikanku pesan.”

Al-Sakandari menangis. Ia meraung kuat. « Aduh, hari ini orang memohon nasihat dariku sedangkan diriku sendiri tenggelam dalam lautan kedurhakaan. Aduh, bagaimana hatiku ingin berkilau-kilauan dengan cahaya keimanan sedangkan bayangan duniawi selalu menyelimutiku, » ia pengsan dan saya tergamam.